Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,584
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Dour 4

JERITAN Ayen mampu menarik perhatian penduduk lain yang berada di situ. Saiful tidak berniat nak melihat aksi tangkap dan menahan daripada penduduk Queensborough Terrace terhadap si lelaki gila. Fokusnya cuma pada larian dan melarikan awek di belakangnya ini supaya betul-betul-betul selamat!

Mereka tiba di rumah Adli.

Ayen tercungap macam nak gila. Penat. Terlalu penat berlari tanpa henti dan tak dibenarkan berhenti walau sekejap oleh lelaki ini. Cemas yang dirasakan dah hilang sepenuhnya berganti haus oskigen yang menggila. Kaki hilang kekuatan lalu terduduk dia di koridor luar rumah Adli. Saiful menoleh, melepaskan pegangannya. Ayen pula membawa tangan ke dada, ditepuk-tepuk. Meraih oksigen dengan mengeluarkan karbon dioksida dari darah selaju-lajunya.

Lady, masuk.” Saiful bersuara, menolak pintu rumah. Ayen mendongak dengan nafas yang masih deras ditarik dan dihembus.

“Kau… huh… hah… huh… kau tak penat langsung…?”

“Masuk…”

Just give me… huh… hah… huh… a minute…”

Saiful menghela nafas pendek lalu tangan kiri dihulur. Ayen mendongak dengan mulut terbuka, masih berusaha menyedut oksigen sebanyak-banyaknya. Tidak cukup dengan hidung saja. Tangan kiri itu meminta disambut. Ayen menggeleng.

Don’t be such a drag.” Lalu dengan selamba dia membongkok dan mencapai lengan kurus Ayen. Sekali tarik, Ayen terlambung ke udara.

Terkedu dibuatnya. Kelu habis lidah nak membangkang apabila pinggang dah pun dirangkul supaya mudah jejaka itu menahan. Dia pula membenarkan separuh hati kerana memang dia terlalu penat untuk membuka mulut membebel banyak-banyak mahupun nak berjalan sekalipun.

Fariha di ruang tamu, menoleh. Terperanjat dia! “Ayen??” Kenapa balik berpelukan?

“Ossu.” Sengih nipis.

Saiful melepaskan Ayen di ruang tamu dan si gadis terbaring terus di sofa. Acara menyedut oksigen disambung. Fariha lekas mendapatkan rakannya itu.

“Apa cerita ni oi?”

“Hehhehe… bagi aku bernafas dulu Fa…”

Dibiarkan dua wanita itu bersoal jawab, Saiful membawa diri ke dapur. Pocket knife yang masih melekat di lengan kanan dicabut keluar. Berbuih darah keluar dari daging yang terkoyak. Saiful mendengus pendek. Pisau yang masih berdarah dipindahkan ke singki. Bunyi deting pertemuan besi dan besi menarik perhatian kedua-dua wanita di ruang tamu sana.

Saiful menanggalkan kemeja luarnya, diletakkan di tepi. Kepala paip diputar. Bukaan luka dan bahagian lengan yang diwarnai merah darah diletakkan di bawah simbahan air pair. Huh! Sedap sungguh rasa ayam goreng. Nafas didesis deras, menahan sakit yang menyengat.

Lady? Rumah ni ada first-aid tak?” soalnya tanpa menoleh.

Ayen dan Fariha menoleh lagi, serentak. Mereka terkebil, lalu berpandangan. Masing-masing mengerti panggilan lady kali ini ialah untuk Fariha.

“Takda identiti betul panggilan lady tu.” Ayen mengomel, memuncung.

Fariha bangkit dari duduk. “Rasa-rasanya ada… untuk apa?”

“Untuk membuka pintu ke syurga…”

Sengih terlepas sedikit. “Haha…” Sengal punya mamat.

Ayen sudah pulih dari penat yang menggilanya tadi. Fariha yang mencari-cari first-aid di almari dipandang, dan perhatiannya dialihkan pada lelaki tinggi yang membongkok di hadapan air paip yang mencurah. Tubuh dipaksa bangkit walau otot kaki masih terasa kesempitan oksigen.

Big guy. Kenapa? Kau luka ke?” soalnya saat mendekat. Saiful menjeling ke belakang. Tidak menjawab. Ayen menjengulkan kepala melalui bahu yang bidang itu, pada luka di lengan berotot, pada air yang menimpa luka, dan pada air berdarah yang jatuh ke singki dan disedut lubang singki.

“Bruop.” Mual dan loya naik sekaligus. Ayen menutup mulut. Ketika itu juga bau hanyir darah menusuk ke hidung. Mata dikerling pada overcoat biru bergaris hitam di tepi singki. Ditebarnya, dan darah yang mewarna lengan kanan overcoat itu dipandang dengan riak terkejut. Saiful yang masih menunduk pada singki dipandang, keliru dan terkejut.

“Kau luka…”

“Yeah… apparently.”

Pocket knife di dalam singki turut menarik perhatian. “… from the attack…” Baru teringat serangan lelaki mental tersebut ke arahnya.

Sesungguhnya, apa yang terjadi tadi terlalu singkat dan terlalu pantas untuk dia kumpul dan raih semula semua memori yang menggerunkan itu. Selepas dia berpusing, lelaki mental itu melayangkan sesuatu yang berkilau, dan seterusnya dia kesakitan kerana terhentak ke dinding keras. Selepas itu, dia ditarik Saiful untuk berlari pecut 200km bersama lelaki ini. Tiada belas kasihan macam guru PJK sekolah.

Selesai cerita pendek pada malam ini.

Saiful mendesis panjang, antara sengal dan menahan sakit. “That’s because somebody is stupid enough standing there like a pole.”

Ayen terkebil. Jemari kanan Saiful nampak menggigil. Darah tidak habis-habis mengalir keluar dari lubang pada daging, sebelum menghilang di lubang singgi. Urat turut nampak timbulnya pada otot lengan dan bicep. Hati Ayen terasa. “Sorry…” Nadanya pecah di hujung.

Mata biru kilat itu menjeling ke ekor mata. “Its nothing serious.”

Kepala Ayen terunduk. “SorryI’m really really sorry…” Air mata yang tumpah lalu dikesat. “Because of meyouso sorry…” Dan menangis.

Saiful menoleh dengan riak tegang.

Fariha tiba dengan first-aid. Terkedu dia bila melihat rakannya menangis di hadapan lelaki itu. Kenapa?

I hate a weeper, so stop your unnecessary crying!” Suara si lelaki kedengaran tegas dan keras.

Mata Fariha membulat. Saiful buli Ayen??

“Keh.” Nafas keras dilepaskan dan Saiful menoleh pada tiang rumah berkualiti itu. “Oh, ada?” Kotak first-aid menarik perhatiannya. Paip ditutup. Ayen ditinggalkan dan dia merapat ke meja. Isi first-aid dibongkah keluar semuanya. Antiseptik, iodine, kapas, pembalut…. Kepala krim antiseptik cuba ditanggalkan. Sedikit sukar.

Ayen menahan esak, lalu merapat ke meja makan. “Kau takkan boleh ubat diri sendiri…” Tangan yang luka itu ditepuk.

“Addoh hoi!” Perit! Terbuntang matanya pada wanita itu. “Sakit!”

Kerusi ditarik dan dia duduk di hadapan si lelaki. Lengan yang basah terlebih dahulu dilap dengan kapas. Antiseptik disapu selamba di atas luka. Kapas mengelap mana-mana darah yang mengalir sebelum daging yang terkoyak itu ditutup terus dengan kapas berubat. Dilekatkan. Kain pembalut dicapai sebagai langkah terakhir, dan tidak sekalipun dia berhenti melelehkan air mata pada setiap kerja yang diselesaikan. Esak yang kadang kala pecah hanya ditahan dengan menggigit bibir.

Saiful senyap, membiarkan. Matanya antara merenung dan tidak pada wajah basah itu, lagi-lagi pada air jernih yang meleleh ke dagu dan jatuh ke tangannya. Air mata Ayen hangat. Sedih sangat ke aku marah tadi?

Fariha pula hanya merenung. Pintu rumah terbuka, menarik perhatian tiang rumah itu.

“Assalamualaikum…” Adli menapak masuk dengan bagpack di belakang tubuh. tanda baru balik dari universitinya. “Outside chaos giler. I wonder what had happen… hai sayang.” Senyum diberi pada si isteri yang melangkah ke arahnya.

Senyum. Tangan Adli dicapai dan dikucup. “Apa dah jadi kat luar?”

I’m not sure. Hectic sangat, abang tak terasa nak tengok.”

“Ooh… abang ada beli apa yang Fafa nak tu?”

“Yep.” Pipi isterinya dicubit ringan. Saiful yang bangun berdiri di meja makan menarik perhatiannya. Penyewanya itu beralih dari ruang dapur ke bilik tidurnya sendiri, manakala Ayen pula membasuh muka di singki. Hm. Pedulikan mereka, wajah cantik isterinya direnung lagi. Fariha dah pun menadah tangan kanan bersama riak meminta.

“Abang.” Double jerk diangkat berkali-kali.

“Amboi. Tak sabar-sabar. Bagi la orang duduk dulu ke…” bagi minum kopi dulu ke…”

“Alaaa…” rengeknya lalu.

Adli meleret bibir. “Nak ni dulu.” Pipi ditunjuk.

Cup! Ciuman diberi seringkas mungkin. Adli tersenyum nipis. Memang tak sabar-sabar…. Dua keping tiket di poket belakang jeans lalu ditarik keluar.

Nice!” Fariha merampas terus tanpa sempat dihulur. Seperti orang yang dahaga air di Padang Sahara dan jumpa pula jus tembikai sejuk di tengah-tengah panas. Terkedu si suami dibuatnya hingga kelu lidah nak memberi apa-apa komen. Fariha pula berkalih ke belakang dengan laju. Terima kasih pun takda….

“Ayen!!” Lekas dia memanggil sebelum sempat Ayen masuk ke bilik. Rakannya itu menoleh. Fariha pula terkekeh nakal sambil berlari anak ke arah rakannya. “Hehhe…” Dua keping tiket ke pertandingan akhir piano itu ditayangkan depan muka Ayen. “Jom.”

Ayen mengerut dahi, merenung tiket tersebut.

Adli di belakang, berpeluk tubuh. “Apa maksud ‘jom’ tu?” Isterinya ditegur. Nada tidak puas hati.

Fariha menoleh ke belakang. “Nak teman Ayen tengok benda ni la…”

Nafas dihembus berupa keluh. “Wifey oit… what are you trying to do, exactly? Seriously…”

Si isteri itu terkebil seketika. Kurang memahami apa yang Adli cuba sampaikan, siap dengan riak tak puas hati itu. “Kenapa?”

Ayen menyambut tiket-tiket tersebut. Daun pintu penyewa rumah ini dipandang. “You know Fafa… apa yang Deli cakap tu ada benarnya...”

“Haa? Apa dia yang Deli cakap yang benar…?” Betul-betul keliru!


WILTON’S Music Hall. Sebuah bangunan antik yang dibina sejak pertengahan kurun ke-19. Awal penciptaannya adalah untuk aktiviti yang berkait dengan muzikal, namun pada era globalisasi ini, dewan ini bukan hanya untuk persembahan muzik bahkan juga untuk persembahan opera, persembahan boneka, persembahan kabaret, tarian dan juga untuk persembahan magis. Salah satu keistimewaan bangunan ini ialah usia yang dah berkurun dan konsep klasik asli masih kukuh berpahat pada setiap hiasan dinding, lantas menjadikannya monument bersejarah yang wajib dilihat apabila tiba di London.

Alunan lembut piano yang dimainkan oleh seorang peserta tidak berjaya menarik minatnya dari terus mengelamun. Saiful menahan kuap. Pun, bukannya dia berminat dengan muzik begini. Taste anak muda zaman sekarang ada la jugak macam Skrillex, Maclemore ataupun Eminem yang paling lama pun. Kalau nak Asia sedikit, ada Hatsune Miku dan watak suara dari voice bank yang lain. Nak yang melayu… erm… dia tak rasa dia ingat mana-mana penyanyi melayu yang cukup mantap untuk diingati. Yang dia paling boleh fikir buat masa ini ialah Anuar Zain tu. Suara tak macam lelaki!

Jemari yang ligat menekan setiap petikan piano masih tidak berhenti di depan sana, dan tidak berhenti juga bunyi yang membosankan ini mempompa pendengarannya. Saiful mengeluh perlahan. Tabik hormat diberikan pada si pemain kerana masih bertenaga nak menghabiskan lagu tersebut sejak sepuluh minit tadi. Kalau dia, dah berselirat jemari agaknya.

Dan tabik turut diberikan kepada para pendengar kaum asing lain yang nampak seperti mabuk – kerana menghayati muzik lembut tersebut. Entah macammana mereka mampu menghayati sampai muka dah macam menikmati angin laut dari orang yang tak pernah datang ke pantai.

Tabik yang paling tinggi hormatnya patut diberi kepada sponsordia kali ini, iaitu gadis melayu yang ditemuinya dua minggu lepas. Gadis bertudung hitam yang duduk di sebelahnya ini dikerling. Nampak enak tidur dengan mulut yang ternganga luas. Saiful merenung toya. Lalu dagu gadis itu ditolak ke atas dengan belakang penumbuknya.

Nafas dilepaskan perlahan. Mengeluh. Kad jadual muzik di tangan dilihat. Persembahan oleh peserta yang ketiga ini… memainkan allegro from Beethoven’s Sonata for Piano in F major. Hm. Whatever. Kepala ditopang pada lengan kerusi dan mata redup sekali merenung ke tengah pentas. Bosan macammana sekalipun, dia akan bertahan sehingga objektifnya pada hari ini tercapai.

Persembahan oleh peserta dari German itu selesai dan berganti pula dengan persembahan dari pelajar dari Malaysia. Anak mata biru kilat Saiful spontan fokus ke tengah pentas bila terdengar nama negaranya disebut. Wujud sedikit rasa bangga di situ apabila nama negaranya sampai ke bangunan antik di tengah London ini.

Seorang lelaki dengan suit merah kemas memuncul dari sebalik tirai. Kecoh dewan seketika melihat penampilan yang agak flashy itu. Saiful tersenyum nipis. Tubuh itu kurus tinggi dan rambut panjang yang mencecah kolar nampak kemas dengan bersikat ke belakang kepala. Langkahnya laju sekali ke tengah pentas, ke arah instrument muzik hitam dan berat yang sedang menunggu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi piano. Jemari kurusnya diregangkan, bersedia untuk memainkan lagu.

Saiful tersenyum puas. Betullah, itu ialah orang yang dicarinya. Itu ialah insan yang tidak balik ke rumah buat sembilan tahun, meninggalkan Malaysia buat sembilan tahun, dan tak pernah sekalipun teringat nak jejak kembali tanah melayu dengan iklim tropika itu walau pada hari raya. Sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Wellat least dia masih mengaku dia rakyat Malaysia…” tuturnya perlahan buat tahi telinga sendiri.

Muzik yang dimainkan agak laju rentaknya berbanding pemain tadi. Hebat. Saiful melirik lagi pada senarai lagu di tangan. Hati membaca. Proko…

“Prokofiev Concerto. Fancy.” Suara gemersik milik insan di sebelah kedengaran. Saiful menoleh. Ayen meregangkan tubuhnya sepuas hati. Tubuh ditolak ke kiri ke kanan. Hiaaargh… Perasan Saiful memandangnya pelik, lalu ditentang. “Apa dia?”

Nothing.” Pandangan dikembalikan pada peserta dari Malaysia itu. “Kau tahu lagu ni huh?”

Mata bundar itu menjeling padanya. “Not lagu, tapi a piece. Takdelah tahu sangat… aku tak tahu dia main movement yang mana…” Gadis itu bersuara perlahan dengan suara basah lepas bangun tidur. Fokusnya diserahkan ke tengah pentas.

Aku lagilah tak tahu sampai apa yang kau cakap pun aku tak faham. Sejak bila dalam lagu ada movement? Hati mengomel.

Rentak lagu semakin laju dan tangan si pemain di sana semakin pantas geraknya menekan setiap keyboard. Saiful dan Ayen sama-sama terkedu. Tumpuan fokus sekali ditala pada permainan lelaki berambut panjang di sana. Pada setiap not yang ditekan dengan laju sekali, konsentrasinya penuh! Kepala menghampiri keyboard dan tubuh turut merendah, merapat. Seolah-olah cuba melihat not pada keyboard hitam dan putih. Alunan rancak yang dimainkan berjaya menarik para pendengar dalam dunia intense, extreme dan forceful, namun masih ada empuk dan ringannya seperti awan dan beauty seperti musim bunga. Pertama kali Saiful mampu menghayati muzik klasik.

Daang! Not terakhir dimatikan dan serentak pergerakan tangannya terkaku di udara, termasuklah pemain piano itu sekali terdongak ke siling pentas. Nafas dihembus deras. Penat dan puas.

Dan tepukan gemuruh bergema dari penonton. Para pengadil berbisik sesama sendiri bagi membentuk penilaian masing-masing. Saiful tersenyum puas. Berbaloi datang ke sini, berbaloi melayan bosan, dan berbaloi habis kerana berjaya menemui abang yang telah lama dicari. Ayen yang bangkit berdiri sambil memberi tepukan di sebelah dipandang bersama sengih.

“Hahahaha… gila daebak.” Dah duduk pun tepukan tangannya masih tidak berhenti. Pemain piano itu meninggalkan pentas. Permainannya dah mati, namun dia masih terasa wujud di dalam lagu yang dimainkan sebentar tadi. “Ni la antara sebab aku suka pemain piano,” dengan sengih lebar Ayen memberi komen. Matanya tidak lari dari memandang arah pemain Asia tadi menghilang.

Saiful menjeling. “Pemain bass, boleh tak?”

“Pemain bass?” Ayen menoleh. Saiful menjungkit sebelah kening, lalu wanita bertudung itu menggeleng. “Nope. Violin aku boleh consider, tapi bass, nope.”

“Hm? Kenapa?” Kepala didekatkan, berbisik perlahan. Enggan suara mereka mengganggu acara yang masih berlangsung dengan seorang lagi peserta masuk ke pentas. Para pendengar menepuk tangan, termasuk Ayen sekali. Selesai bertepuk, gadis itu menjeling.

“Besar sangat. Tak cute.”

“Wha… macammana kau define cute kat instrument? Piano tu lagi la gedabak besarnya.” Piano hitam berkilat itu dipandang.

At least piano masih nampak cool macam pemain tadi. Tapi pemain bass duduk atas kerusi dan tahan badan violin dia sebab besar sangat punya apasal.”

Saiful menoleh lancar. Keliru. “Kau cakap apa ni?”

Ayen turut menoleh dengan muka berkerut. “Aku cakap pasal pemain bass la. Dorang kena tahan badan violin tu.”

Si mata biru kilat ternganga rendah. “Sejak bila bass guitar kena tahan dengan badan sampai kena main duduk kat kerusi? Dan apa maksud kau badan Violin?”

Mata bundar itu membeku seketika, cuba memahami. Bass guitar? Jadi dari tadi… “Ler!! Cakaplah bass guitar! Aku mati-mati ingat bass violin yang…” Tangan meniru gaya pemain Double Bass memainkan alat muzik yang besar itu.

Saiful ternganga rendah. Baru faham bahawa dia dan Ayen berkomunikasi dalam frekuensi yang berbeza. “Tu Cello la, bijak.” Kepala digeleng lalu. “Woman. Bercakap tak pernah tak confuse fakta.”

Dan ternganga dia. Lagi luas! “Cello tu instrument lain, la! Bila pulak aku yang confuse! Memang dorang macam sama, tapi bass… Double Bass lebih besar dari Cello!” Geram!

Kepala Saiful terundur. Agak terperanjat dengan suara yang agak kuat tiba-tiba. Pandangan dilarikan ke sekitar dewan. Sengih spontan lahir bila melihat wajah-wajah barat itu mencerun pada mereka. Ayen yang turut perasan lalu merendahkan duduk. Naik segan.

Dan percuma kedua-duanya dihalau keluar.
Previous: Dour 3
Next: Dour 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.